Tuesday, December 15, 2009

Tun Mahathir VS Nazri Aziz


Isu kursus Biro Tata Negara yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang semakin rancak diperkatakan oleh kebanyakan pemimpin negara. Isu ini juga telah menimbulkan pertikaman lidah diantara mantan Perdana Menteri Tun Mahathir dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz. Tun Mahathir mendakwa kursus itu perlu diteruskan kerana ia dapat melahirkan ramai pemimpin yang berwibawa dan mempunyai semangat patriotik yang tinggi terhadap negara manakala Datuk Seri Nazri Aziz pula terpengaruh dengan dakyah pembangkang sehingga mengeluarkan kenyataan untuk mengkaji semula BTN. Kedua-dua pemimpin ini terus bertikam lidah sehingga Perdana Menteri terpaksa campurtangan bagi meredakan keadaan.


Pihak pembangkang melihat dengan penuh keseronokan kerana isu BTN yang dibangkitkan oleh mereka telah menimbulkan pertikaman lidah diantara dua pemimpin negara. Semua pihak diseru agar tidak mudah melatah dengan dakyah pembangkang kerana mereka hanya menimbulkan sesuatu isu untuk kepentingan politik mereka sahaja.

Bersyukur


Kebanyakan individu mudah berputus asa apabila sesuatu hajat atau cita-cita yang diingini tidak tercapai. Usaha tidak seberapa tetapi mengharapkan hasil yang sangat cemerlang, situasi inilah yang membuatkan seseorang itu mudah putus asa. Jangan mudah berputus asa kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya dan menuntut kita supaya bersabar dan redha dengan ketentuan ALLAH. Manusia dituntut supaya sentiasa puas hati dengan kurniaan ALLAH kerana kita sepatutnya membandingkan diri kita dengan orang yang kurang dari kita dan bukannya membandingkan diri kita dengan orang yang lebih baik dari kita. Syukur apabila mendapat nikmat dan bersabar apabila menerima musibah kerana semuanya datang dari ALLAH jua.

Manusia yang bijak adalah seorang yang sentiasa taat dan patut terhadap segala suruhan dan meninggalkan segala larangan ALLAH.

Monday, December 14, 2009

video

cerita upin dan ipin


Muhasabah


Setiap individu dituntut untuk muhasabah diri setiap hari bagi melihat apakah semakin banyak amalan baik yang dilakukan atau semakin banyak maksiat yang dilakukan setiap hari. Jangan hanya berfikir untuk mengejar cita-cita semata-mata sampai lupa bahawa suatu hari nanti kita akan dihitung tentang amalan semasa hidup. Penyesalan tidak berguna lagi...............

Rahsia Kejayaan

Sebagai seorang muslim yang sejati, kita dituntut untuk menunaikan tanggungjawab kita sebagai hamba ALLAH. Taat terhadap segala suruhan dan meninggalkan segala yang dilarang. Banyak dikalangan kita yang sentiasa berputus asa dan mengeluh apabila tidak berjaya dalam mencapai cita-cita tetapi berapa ramai diantara kita yang cuba muhasabah diri dan berfikir kenapa cita-cita mereka tidak tercapai. Jangan mudah menyalahkan orang lain atau takdir kerana semua benda yang berlaku adalah berpunca dari kesilapan diri kita sendiri.