Isu kursus Biro Tata Negara yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang semakin rancak diperkatakan oleh kebanyakan pemimpin negara. Isu ini juga telah menimbulkan pertikaman lidah diantara mantan Perdana Menteri Tun Mahathir dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz. Tun Mahathir mendakwa kursus itu perlu diteruskan kerana ia dapat melahirkan ramai pemimpin yang berwibawa dan mempunyai semangat patriotik yang tinggi terhadap negara manakala Datuk Seri Nazri Aziz pula terpengaruh dengan dakyah pembangkang sehingga mengeluarkan kenyataan untuk mengkaji semula BTN. Kedua-dua pemimpin ini terus bertikam lidah sehingga Perdana Menteri terpaksa campurtangan bagi meredakan keadaan.
Pihak pembangkang melihat dengan penuh keseronokan kerana isu BTN yang dibangkitkan oleh mereka telah menimbulkan pertikaman lidah diantara dua pemimpin negara. Semua pihak diseru agar tidak mudah melatah dengan dakyah pembangkang kerana mereka hanya menimbulkan sesuatu isu untuk kepentingan politik mereka sahaja.
No comments:
Post a Comment